BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Posting2 ting ting tinggg :)

Sunday, August 28, 2011

i GOT KAD RAYA yawwww ...

penulisan pada kali ini adalah versi jakun yang melampau pada hakikatnya . diharap semua dapat bertimbang rasa atas kesulitan yang dialami . 










drrrrrrrr dddrrrrrr  ... **bunyi beg roda aq ditarik dengan begitu laju dia atas permukaan jalan tar yang kesat . ta saba betol nak sampai depan ruma .  dan . sampai jee depan ruma semestinya perkara pertama aq buat adalah cek peti surat ruma aq ! hahaahaha . tapi hampa . tiada sekeping pun posto dari si posmen .  










"mak , putih datang mak . mana mak neh . putih rindu kan mak. timbul lhaa mak  " .. aq ta ucapkan begitu . tapi beginilah dialog dalam drama bawang putih bawang merah .  babak ketika putih mahu memberi makan pada ibunya si ikan kaloi . 
















sampai sahaja di rumah . emak menyambut kepulangan anakanda tercinta . diragutnya beg roda besar aq tuu .  risau dia melihat anak daranya  membawa beban barang yang begitu banyak , walau pada hakikatnya mak sebenarnya mencari-cari ole2 kopok lekor terengganu . HAHA . joke2 . mak saya bukan begituu okehhh .  suddenly tanpa ditanya . mak berkata .










" tuu ada 3keping kad raya . mak da amek simpankan . kelmarin posmen hantar . "..












ya beda beduuuuuuuu ! dapat kad raya setelah 2tahun tanpa kad raya . jakun oke. serious jakun dan eksaitet ! HAHa . walaupun kad raya sebenarnya hanyalah dua keping . lagi sekeping "kad raya" dari celcom center . peringatan bahawa da 2bulan ta bayar berukband . hoyeah !














dis cutey kad raya from BRO NIZAM IJAM .. phiweett ~~~rajen hang buat sendiri . terharuu  , soppp3x!



some speech .. <=






--------------------------------------------------------------------------------






2nd from ZOUL .




comel kan speech dia . hehehe . 









haaa , comel kan ! pastinya kad raya yang hawt neh sume dari rakan blogger aq jugaa  . ta tipu babe . ini serious punya cerita . semoga mereka diberi kebahgiaaan dan ganjaran atas kebaikan mereka . aminn ~~ ta terbalas budi korunk ! 








salam lebaran dari beluncas buat semua (=

Tuesday, August 23, 2011

ramadhan terakhir bersama KALIAN

harini saya nak cerita . tapi semuanya tentang kelmarin .  kelmarin yang takan pernah kami lupakan . sampai bila-bila . 




saya taruk gambar bibik tukang basuh baju kat ruma saya neh sebagai santapan pertama kalian . 





kelmarin
 saya dengan rakan taulan kelas DIP5S2 berbuka sama . kami serasi bersama . 




kelmarin
budget yang kami keluarkan jugaa sedikit sahaja . RM10  seorang . budget neh adalah paling murah kalo nak dibandingkan tempat lain yang rata-rata mahukan bayaran rm15 minimum untuk 1 kepala . 



kelmarin
kami makan kenyang benar rasanya . kurma pun licin kami kerjakan . ta elok membazir . kan ?




kelmarin
kami habiskan sisa terkahir kami di poli neh . kami singgah sebentar di pantai untuk menyantaikan perot kami . kami gembira :D





kelmarin
sedang enak berjalan di pantai . ada sekor kucing gemok lalu depan saya sambil tayang punggung . gedik kan dia . ..  ^_^






kelmarin
saya sebak bila mereka bilang kami harus pulang kerana hari sudah larut malam . saya tahu saat-saat macam tuu takan saya dapat lagi lepas neh . ini lhaa kali terakhir kami berbuka bersama sebagai pelajar politecnic dungun, terengganu . masuk tahun neh . da 3kali kami sambut Ramadhan bersama . 






kelmarin 
saya akan ingat sampai bila-bila tarikh untuk kelmarin - 20 august 2011. saya sayang tarikh tuu . saya tahu majlis kami ringkas tapi saya rasa bermakna atas kehadiran rakan-rakan saya tuu . 




sayang kalian 


















































saya bahagia bersama kalian .our frienship will never end oke babehh . alotttttt of love here

Monday, August 22, 2011

maaf yee encik . mood saya tertinggal d RUMA

**sigh . saya mulakan penulisan saya dengan keluhan . tapi saya nak habiskan sisa ketawa siang tadi bole ta ? HAHA haihhh. hatie rasa gundah gulana sejak kebelakangan neh . apa yang disampaikan pensyarah hanya berlegar di awangan tanpa menusuk di minda




oke saya mengaku saya belajar sambil bermain-main (sila betulkan tatabahasa saya ). saya ta focus seharian tadi . saya leka ta dengar arahan lecterur suruh siapkan lab exercise . ena ! wake up . kao masih di dungun dan belom jejak jb okeah ! 





panggggg! nahhh neh makan dia . ( credit to nabil ).




saya dreaming + kacau orang sepanjang kelas tadi .  saya laju2 buat lab . lepas tuu saya kacau orang . saya rasa bahagia . sangat bahagia ! saya undang rakan saya layan kerenah saya .  dia setuju ! :D






saya bertambah bahagia .






encik . serious encik . saya ta bersalah ketika ini . saya tahuu encik sedang bertungkus lumus terangkan lab yang encik beri . tapi waktu tuu saya da siap da pun lab encik tuu . betapa lajunya saya . saya bersungguh2 buat lab pastuu baru saya buat nakal sedikit ((:

































saya baru sedar saya 'lupa' bawa mood saya pergi kelas untuk belajar  . hatie saya pulaa da jao tinggalkan saya . dia da sampai jb dulu . jasad neh jee yang masih tertinggal di kuala dungun  neh .  saya berkobar-kobar nak pulang beraya bersama keluarga .  saya serious )):





mak . papa . nantikan kepulangan anakanda !




Thursday, August 18, 2011

HURAY ! SAYA JADI BLOG PILIHAN .

salam ramadhan . malam semakin larut . tapi malam-malam neh jugaa mata aq semakin celik ta mahu tidur . rupanya ada budak busuk duk jampi serapah blog aq kat entri dia . cettt .  =P



sumpah bang oi . aq TERtepuk dahi aq  neh tatkala melihat dashbord tajuk entri kao ada gambar header aq , haihhh . seumpama mimpi . aq tonyoh mata aq yang sememangnya da kecik neh berulang kali . oke . aq belom mimpi sampai africa lagi . 




haih . aq nak berkhayal lagi . betul ke neh ? betul kee





SILA LEMPANG SAYA SEKUAT HATIE ! **amaran yang ta berapa nak keras . 









proottttttttt~~~





hahh . nah kao kena kentut .  tuu lhaa kao na . suka sangat kan kentutkan blog orang . kan da senoneng kepale . 





yee sesungguhnya saya mengaku saya memang selalu buang angin dekat blog beliau . saya selalu bikin ribot taufan angen kencang halilintar sambar menyambar sampai beliau sudah tenat memikirkan saya . dan akhirnya beliau terpaksa memecahkan tembelang bahawa saya memang selalu buat onar di setiap entri beliau . saya akan kentot2 di blog beliau sesuka hatie saya ! wakakaakaa ! 





tapi ada sebab musabab saya berkelakuan demikian . firstly nak berterus terang neh . aq kalau kentut dekat blog kao bang . memang lawas betol . huh ! lega rasanya . nikmat ta terkata ~~  dan kao pun tanpa arahan dari sesiapa . terus melancarkan 'serangan' semula ke atas blog aq . HAHa .



:D



oke2 . kite kembali serious . ehemmm2 .. da alang2 semua da tahu neh .  adalah satu idea yang baek jika korang lepak2 santai2 kat blog NIZAMIJAM neh . sambil tambah kenalan , korang bole tambah info , tambah follower , tambah ilmu dan tambah tolak . ta rugi pun bertegur sapa beramah mesra sesama blogger . ta gitu ?   banyak idea2 menarik yang dihasilkan oleh bro kentut berapi neh . ta caya ce korunk terjah blog dia ! ce terjah . ce terjah .. tapee jangan malu . broo tuu surely sempoi ! haaa paling latest neh dia ada nak bagi kad raya pada sapa yang berminat . kelass kao maria . eh salah ! kelass kao nizam =D



then , lastly . hope korunk janganlahh sombong sangat jadi silent reader , dah baca2 pastuu belah . alaaaa . da alang2 singgah tuu . tinggalkan sikit jejak pun tapee .  sikit jee ta rugi pape pun . ta terjejas pun akaun bank korunk (:  ayuh kita sama-sama  menjadi warga blogger yang mesra di alam cyber . pehh ayat ~ cayalaaah .



haipp .. tamau sombong .





p/s: 'kentut' yan dinyatakan di atas adalah maksud sebenar bagi jejak/komen yang ditinggalkan di blog2 yang ada . haaaa nak cakap beluncas pengotor lhaa tuuuuh .. :P






again . tengs alott yaa bro nizamijam ..

ads





_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?fd61b67283b06a1bff5cb896a5927102

Sunday, August 14, 2011

video paling sedih abad ini ! urgh

saya ta sanggup nak cakap pape lagi . bila saya tengok video neh . hatie saya sangat lha ta keruan . saya nak minta maaf kat mak gn papa kalo kalian kusut dapat anak macam saya neh .im  sorry for everything ~~





gulppp ..













demmit !

jangan ! jangan cakap pape lagi . saya maluu .. ini serious ..









kejadian ini berlaku sewaktu saya semester 1 . dan sekarang saya sudah semester 5 ! usia bukan penghalang untuk saya terus bergelak sakan sampai terkehel urat rahang ! . wakahakakahh !






**macam kartun lhaa ..  ^_^



Thursday, August 11, 2011

tiket ouh tiket !

ouh ape lha naseb . tuu lha nenek da selalu pesan . jangan riak dengan benda yang ada . jangan takbur dengan rezeki yang ada . tapi nek .... saya bukan riak . saya berkongsi cerita je . uurgh .. damn ~~ angan-angan ku musnah  tengah sedap dok tumis ayam masak untuk berbuka . tibe2 dapat call :





================================================








hamba Allah : halloo . neh cik azliieena ke ? 

saya : yee . (ciss . sebut nama aq pun macam apek ta cukup gigi ) w'slam . neh AZRENNA .kenapa ek . tuu sapa ?

hamba Allah : ouh saya dari JPP nak bagitahu . tiket yang awak beli untuk balek jb tuu terpaksa cancel lhaa sebab ta dapat sambutan perjalanan ke jb tuu . kami terpaksa cancel bus dan buka tawaran tuu untuk perjalanan ke kota bharu sebab kota bharu banyak sambutan . boleh ta datang poli . g  bilik JPP amek duet awak semula. 

saya : lhaaaa . macam tuu je kee ? abes saya macam mana neh ? aduuhh ~ ta bole tunggu sikit ke ? mana tahu ada yang datang beli .

hamba Allah : kami da bincang da , kamii terpaksa cancel jugaa trip ke jB tuu . maaf yee .

saya : erm . oke lhaa . nati saya datang sana amek duet . hummmmm .. maceh yee )):

talian diputuskan ...










===============================================









oke nak nanges gila time neh .. da lhaa tiket balek Jb mostly da abes 25hb tuu .  nak masak pun hatie da gundah gulana . then tibe2 dapat mesej dari SARA . dia pun frust dapat call fasal ticket tuu . usaha punya usaha . akhirnya .!!! 






 alhamdullillah . tiket balek jb maseh available ! ouh tenggs god . syukur melambung-melambung time neh . tiket baru 24 OGOS - 10.45 MALAM . 




hip hipp hurayyyy ! (gullpp ...  tobat dah tanak cakap besa lagi .. erk )




mungkin rezeki aq untuk amek bus murah tade . sooob2 .. tuu lhaa kaw ! ta berkat tahu . nak sangat kan claim harga tiket rm44 kat bapak kaww .  nah amek! last2 harga tiket memang harus sedemikian dan bukan rm26 ..  HOOoho . ampun pak ...














walaupun terpaksa ponteng class sehari . saya harap lecturer saya dapat halalkan ketidakhadiran saya pada hari tersebut kerana nak tanak saya nak balek juga 24hb tuu ! yee saya memang degil .  batu besar da melekat kat kepala saya sekarang neh . **evil  . hoho








Friday, August 5, 2011

kepada yang bergelar PELAJAR . sila jangan baca kalo ta mahu cemburu dengan saya




puas lhaa senyum memanjang . kalo pelajar laen berpusu-pusu kejar kaunter ticket untuk beli ticket balek raya . aq pula sebuk kira hutang kiri kanan . banyak juga sahabat handai yang masih belum lulus melunaskan hutang masing2 . nak minta segan . padahal duet aq sendiri kot . kalo total balek , duet yang diorunk pinjam tuu aq bole buat bayar sewa ruma untuk 1semester ! whooa . kalo seringgit dua bole juga aq halal anggap sedekah hari raya . :D




seterusnya . nak bagitahu yang aq dapat laluan yang mudah untuk pulang bercuti raya nati . guess whut ? aq dapat ticket penerbangan pergi dan balek ke JOHOR BAHRU . naek flight kot . yayyy ! 







sila jangan percaya . sebab aq tipu . oke da kurang pahala kalo cakap tipu . bukan tipu . just joke . actually aq dapat jimat sedikit walaupun ta banyak . suppose ticket dari dungun ke johor bahru cost rm44.00 tapi disebabkan sikap mulia aq yang ta suka berebut beli ticket kat luar tuu . aq dapat beli ticket balek JB dengan harga rm26 ! berbaloi ta ? berbaloi2 kawww !  memang lhaa murah . aq naek bus poli jee . HAHA ! sokay lhaa dari tade . 





baek kan poli aq . alahaii .. ~~ tahu juga dia amek tahu masalah pelajar . dan ada juga jalan penyelesaian untuk masalah ticket raya habes neh .  dapat bayangkan ta kalo ticket totally habes sampai malam raya ? dahh  budak2 yang duduk jaoh neh macam mana nak balek ? nak suruh mendayung dari Dungun sampai Danga Bay ? ouh pasti gila . 





ta sabar nak jejakkan tapi kaki ke tanah Johor . mak papa aq pasti kagum dapat anak yang pandai minimakan perbelanjaan walaupun semua neh aq dapat secara ta sengaja . tape . aq belaja bisness juga kat poli . dan mungkin aq akan claim harga ticket dari papa aq mengikut harga pasaran . o yeah ! ^_~

Tuesday, August 2, 2011

CORETAN BUDAK 'BERMASALAH DISIPLIN'









halo readers . jari comel neh nak taip sikit je malam neh . ta banyak . hanya nak bagitahu yang mungkin aq sudah 'menang' secara puratanya . oke selama neh kao canang cerita fasal aq . kao buruk2kan aq di hadapan 'rakyat jelata'  kao . ouh ayat kao memang sedap didengar . cerita yang kao canangkan memang tahap box office for sure ! 




tertumpah aer mata aq dengar perlakuan kao sebegitu . serious kao sebenarnya da tunjuk contoh paling ta baek pada 'rakyat jelata'  kao tuu .  kenapa kao ta selidik dulu sebelum kao buad andaian kao tuu . haihh ~~. annoying gila tahu !  apa ? tamahu selidik ? tanya aq si empunya badan adalah jalan terbaek .. oke ? setle rite ?





dan sekarang . kao terpaksa mengadap muka orang yang kao da banyak fitnahkan . aq memang akan selalu tunjuk muka aq pada kao .   kite akan sentiasa bertentang mata 'sayang' .  




'buku bertemu ruas'  . neh kot bidalan melayu yang paling sesuai untuk situasi sekarang neh . hebat kao bercerita fasal aq . kao nampak 'bentuk C' . tapi kao ceritakan 'bentuk S' pada sekalian manusia . jauh betul kao menyimpang .  kao tersasar tuu ! ehh risaunyaa ! feuuhh ~~






bulan puasa bulan mulia neh pun aq malas nak tambah list dosa aq . cukup lhaa apa yang ada . aq pasti ayat 'maaf' tuu TAKAN pernah keluar dari molot kao untuk aq . aq terima seadanya . tapi ingat . kat 'alam' sana nati banyak yang kita akan disoal semula





semoga Allah merahmati semua umatNYA di muka bumi neh . InsyaAllah .




happy Ramadhan Al-Mubarak readers  ((: